SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines (SIA) semalam melancarkan tempat duduk Kelas Ekonomi Premium baru serta tawaran lain yang boleh dinikmati apabila kelas kabin baru itu disediakan mulai Ogos.
Tempat duduk Kelas Ekonomi Premium itu selebar 18.5 inci atau 19.5 inci bergantung pada jenis pesawat, dengan pilihan menyandar sebanyak lapan inci dan jarak 38 inci dengan kerusi depan.