Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA larang guna, cas telefon Galaxy Note 7 semasa penerbangan

Sep 09, 2016 | 02:30 PM



WASHINGTON: Singapore Airlines (SIA) menjadi syarikat penerbangan terkini melarang penggunaan telefon bimbit Samsung Galaxy Note 7 semasa penerbangan, berikutan langkah serupa tiga syarikat penerbangan Australia.



"Mengecas telefon bimbit Samsung Galaxy Note 7 dilarang pada semua penerbangan kami," kata SIA dalam satu kenyataan pada Jumaat (9 Sep).



Pentadbiran Penerbangan Federal (FAA) Amerika Syarikat berkata pada Khamis (8 Sep) penumpang syarikat penerbangan tidak harus menghidupkan atau mengecas telefon bijak Samsung Electronics Galaxy Nota 7 semasa penerbangan atau menyimpannya di dalam bagasi, disebabkan kebimbangan mengenai baterinya yang mudah terbakar.



Dalam satu kenyataan, FAA berkata ia "menasihatkan" penumpang supaya mematuhi panduannya "memandangkan insiden baru-baru ini dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Samsung mengenai peranti Galaxy Note 7"



Pengeluar Korea Selatan telefon itu mengumumkan minggu lalu ia telah menarik balik semua telefon pintar Galaxy Note 7 yang dilengkapi bateri didapatinya mudah terbakar.



Kenyataan FAA tidak memerintahkan syarikat penerbangan Amerika mengambil tindakan.



Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (Iata) berkata syarikat penerbangan telah menjalankan penilaian risiko dan mendapati ada telefon lain yang ditarik semula kerana masalah bateri.



"Walaupun Samsung syarikat terkini yang mengeluarkan nasihat mengenai peranti rosak, yang lain pernah mengeluarkan tindakan tarik balik dan amaran serupa mengenai bateri litium dalam komputer riba dalam tempoh 12 bulan lalu, jadi industri itu mengetahui dan berupaya mengendalikan keadaan seperti ini," kata Iata.



Syarikat penerbangan Australia, Qantas, Jetstar dan Virgin Australia, juga telah melarang penumpang mengguna atau mengecas telefon Galaxy Note 7 semasa penerbangan.



Walaupun pelanggan masih boleh membawa telefon itu semasa penerbangan, larangan tersebut diperluaskan kepada telefon yang dipasang ke dalam sistem hiburan dalam penerbangan yang disediakan port USB. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >