Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA naikkan harga tawarannya untuk beli saham Tigerair

Jan 05, 2016 | 10:57 AM



SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines (SIA) tunduk kepada tekanan pelabur dan menaikkan tawarannya untuk membeli syarikat penerbangan Tigerair daripada 41 sen kepada 45 sen sesaham.


SIA berkata pada Isnin (4 Jan) bahawa itu tawaran terakhirnya.


Tarikh akhir untuk menerima tawarannya, yang pada mulanya dilanjutkan daripada 28 Disember kepada Jumaat ini, telah dilanjutkan lagi ke 22 Januari.


Ia tertakluk kepada syarat SIA mendapatkan 90 peratus daripada saham Tiger, ujar syarikat penerbangan itu.


Pemegang saham yang telah bersetuju menjual saham syarikat penerbangan tambang murah itu pada harga 41 sen akan ditawarkan harga lebih tinggi itu.


Tawaran lebih tinggi itu dibuat selepas SIA berkata pada 29 Disember bahawa ia memiliki, mengawal atau telah bersetuju memperoleh kira-kira 74.5 peratus saham Tigerair. Ia memerlukan 90 peratus untuk mengeluarkan Tigerair daripada bursa saham.


Tujuan SIA ialah memudahkan kerjasama lebih erat dan integrasi dengan syarikat penerbangan lain dalam kumpulannya, terutama syarikat penerbangan jarak jauh, kos rendah Scoot.


Tawaran pengambilalihan SIA sebanyak 41 sen sesaham Tigerair pada 6 November lalu menimbulkan kemarahan beberapa pemegang saham dan mendorong Persatuan Pelabur Sekuriti Singapura (Sias) campur tangan dan menggesa SIA menimbangkan melanjutkan tarikh akhir untuk menerima tawarnnya dan meningkatkan harga tawarannya.


Dalam membuat tawaran akhir pada Isnin, SIA berkata harga baru itu, yang menilai Tigerair kira-kira $1.125 bilion, mewakili premium harga 45 peratus berbanding harga terakhir yang diniagakan, iaitu 31 sen, sebelum tawaran tersebut diumum.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >