SIA siasat pesawatnya yang hilang kuasa enjin semasa di udara

SYARIKAT penerbangan SIA sedang menyiasat bagaimana enjin pesawat Airbus A330-300s hilang kuasa untuk seketika semasa ia berada di udara, kata SIA dalam kenyataan hari ini, Rabu.

Kehilangan kuasa itu melibatkan kededua enjin Rolls-Royce.

Kejadian pada 23 Mei lalu itu berlaku apabila penerbangan SQ836 dilanda cuaca buruk semasa penerbangan ke Shanghai dari Singapura dengan 194 penumpang dan anak kapal, lapor The Business Times.

"Kededua enjin mengalami kehilangan kuasa untuk seketika dan juruterbang telah mematuhi prosedur operasi untuk mengembalikan operasi enjin seperti biasa," kata SIA dalam kenyataan itu.

Pesawat tersebut mendarat dengan selamat di Shanghai dengan tiada 'kejanggalan' ditemui dalam enjin berkenaan, tambah kenyataan itu.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.