Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA sumbang $2.6j bagi bantu golongan kurang upaya

Sep 23, 2023 | 06:31 PM



Lebih 800 individu berkeperluan khas dijangka menikmati kemudahan baru serta bantuan lain, hasil sumbangan sebanyak $2.6 juta dari syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA).

Dana itu yang merupakan sebahagian daripada inisiatif menyokong orang keperluan khas, SIA Cares, akan diagihkan kepada Persekutuan Palsi Serebral Singapura (CPAS) dan Persatuan Cacat Anggota (SPD), dengan masing-masing menerima $1.3 juta.

SIA berkata dana itu akan disalurkan bagi menyediakan sebuah bilik permainan deriaan pelajar di Sekolah CPAS (Barat) serta memperolehi teknologi dan peralatan bagi menambah baik atau mengekalkan keupayaan penerimanya.

SPD pula merancang menggunakan wang itu untuk membeli tiga kenderaan mesra pengguna kerusi roda serta menawarkan pembiayaan kos pengangkutan kepada penerima.

Ketua Pegawai Eksekutif SIA, Encik Goh Choon Phong menyampaikan cek sumbangan itu kepada Cik Latha Kutty, Pengarah Eksekutif CPAS; dan Encik Abhimanyau Pal, Ketua Pegawai Eksekutif SPD dalam satu majlis khas di Pusat Latihan SIA pada pagi Sabtu.

Majlis pemberian cek itu turut disaksikan Pengerusi Dana Masyarakat, Encik Chew Sutat dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad selaku tetamu kehormat.

Dalam ucapannya, Encik Masagos, berkata SIA memainkan peranan penting di Singapura dalam menawarkan persekitaran perniagaan dan pekerjaan baik kepada warga.

“Kerjasama rapat seperti ini, merangkumi pemerintah, perniagaan dan individu telah menyumbang kepada kompak sosial Singapura yang teguh dan terus membolehkan SIA menyumbang kembali kepada masyarakat.”







Acara itu adalah acara kemuncak inisiatif tanggungjawab korporat, SIA Cares dan dianjur seramai 500 kakitangan berpangkalan di Singapura

Lagi 800 kakitangan SIA dan relawan dari 50 kota serata dunia turut menabur bakti dalam kerja kemasyarakatan sepanjang minggu di mana sebanyak 30 badan kebajikan turut didekati.


SIA berkata ia mengumpul $1.3 juta menerusi inisiatif pengumpulan dana sejak dua bulan lalu termasuk sumbangan oleh rakan perniagaan, orang awam dan kakitangannya. Ia kemudian memadankan jumlah itu dengan menyumbang lagi $1.3 juta.


Dalam acara itu, 400 individu memerlukan berpeluang menyaksikan kerja di balik tabir latihan kru kabin pesawat SIA.

Mereka dijemput untuk ‘berangkat’ ke Pusat Latihan SIA dalam kumpulan berbentuk nombor pesawat untuk meninjau beberapa kelas kabin pesawat, memasuki simulasi penerbangan dan disajikan hidangan pesawat SIA.

Mereka turut ditemani kru kabin berpakaian kebaya serta diberi peluang berinteraksi dengan juruterbang pesawat SIA.







Seorang pelajar Darjah 5, CPAS, Raeburn Persis Estella yang hadir di Pusat Latihan SIA berkata ia satu pengalaman menarik dan tidak dapat dilupakan.

Estella yang mempunyai cabaran bertutur menambah: “Saya juga gembira dapat tahu sekolah kami akan menerima lebih bantuan sebab ramai kawan-kawan saya perlu bantuan seperti alat bernafas, dan peralatan lain untuk membolehkan mereka belajar dengan mudah.”

Susulan itu, Encik Goh berkata: “Bagi saya, ia bukan sekadar wang yang diberikan sahaja.


“Pagi (Sabtu) ini, kami dapat melihat penerima yang datang ke sini semuanya menikmati pengalaman yang baik dan menarik.


“Jadi ia satu peluang bagi kami berinteraksi dengan mereka serta menunjukkan pusat latihan ini yang terdapatnya pelbagai jenis kerjaya di sini yang boleh memberi inspirasi kepada generasi depan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >