PARTI Tindakan Rakyat (PAP) kini telah mengemukakan barisan calonnya di hampir kesemua kawasan undi bagi pilihan raya umum akan datang kecuali GRC Aljunied sehingga semalam.
Ini bermakna PAP telah pun memperkenalkan seramai 84 calon, termasuk sekurang-kurangnya 20 muka baru sejauh ini.