Siaran parti politik di radio dan TV pada 3 dan 10 Sep

MASA siaran percuma menerusi radio dan televisyen akan diperuntuk bagi parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2015, umum Penguasa Pembangunan Media (MDA) pada Rabu (2 Sep).

Terdapat dua siaran - mulai 8 malam pada 3 September dan 9 malam pada 10 September

Walaupun kempen tidak dibenarkan pada Hari Bertenang, siaran parti politik dikecualikan pada hari sebelum rakyat Singapura keluar mengundi.

Sejak pilihan raya umum 1980, parti politik yang meletak sekurang-kurangnya enam calon di bawah lambang parti diiktiraf layak mendapat masa siaran.

Ini bermakna lapan daripada sembilan parti yang bertanding kali ini akan menyertai siaran tersebut, kecuali Parti Kuasa Rakyat (PPP), yang menurunkan empat calon.

Kedua-dua calon bebas, Cik Han Hui Hui (SMC Radis Mas) dan Encik Samir Salim Neji (SMC Bukit Batok) - juga tidak akan diberi masa siaran.

Tempoh siaran antara dua setengah minit bagi Perikatan Demokratik Singapura (SDA); tiga minit untuk Parti Rakyat Singapura (SPP), Parti Warga Diutamakan (SingFirst), Parti Pembaharuan (PR) dan Parti Demokratik Singapura (SDP); tiga setengah minit bagi Parti Perpaduan Kebangsaan (NSP); lima setengah minit untuk Parti Pekerja (WP); dan 13 minit bagi Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 29
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.