Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIAS luahkan keprihatinan pelabur minoriti Tiger Airways

Nov 24, 2015 | 07:06 PM



PERSATUAN Pelabur Sekuriti Singapura (SIAS) telah mengemukakan keprihatinan bahawa harga tawaran Singapore Airlines (SIA) untuk membeli Tiger Airways adalah tidak berpatutan bagi para pemegang saham minoriti jangka panjang Tiger.


Dalam satu kenyataannya hari, SIAS berkata pemegang saham Tiger yang membeli saham syarikat itu semasa tawaran awam awal (IPO) pada harga $1.50 sesaham, dan kemudian melanggani kesemua tiga hak yang dikeluarkan Tiger sejak IPO telah melabur secara purata 67 sen setiap saham.


"Harga tawaran (SIA) itu adalah 39 peratus lebih rendah berbanding apa yang dibayar oleh pemegang saham minoriti jangka panjang. Mereka rasa tawaran ini tidak berpatutan," kata ketua eksekutif SIAS, Encik David Gerald.


Awal bulan ini, SIA melancarkan tawaran bersyarat untuk membeli saham Tiger yang tidak dimilikinya sebanyak 41 sen setiap saham.


Ia juga memberi pilihan kepada pemegang saham dengan tawaran supaya mereka melanggani saham SIA sebanyak $11.1043 sesaham.


SIA memiliki hampir 56 peratus dalam syarikat penerbangan bajet itu.


"Oleh itu, SIAS menggesa lembaga Tiger Airways menimbangkan secara teliti tawaran SIA itu untuk memastikan (pemegang saham) minoriti dikendalikan secara adil," kata Encik Gerald.


Beliau menasihatkan kumpulan pemegang saham itu supaya menunggu laporan penasihat kewangan bebas untuk menentukan sama ada tawaran SIA itu adil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >