Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siasatan koroner kematian Benjamin Lim: Polis, sekolah layannya dengan sensitif, ujar Peguam Negara

May 17, 2016 | 02:27 PM



KAKITANGAN sekolah Benjamin Lim berhati-hati bagi memastikan polis melayannya dengan sensitif apabila mereka datang untuk bercakap dengannya pada 26 Jan, kata Peguam Negara Wong Woon Kwong di mahkamah pada Selasa (17 Mei).



Ibu bapa pelajar menengah tiga itu juga dimaklumkan tentang keadaan, ujar beliau semasa menyampaikan hujah pembukaan siasatan koroner ke dalam kematian Benyamin.



Pelajar berusia 14 tahun itu ditemui mati di kaki blok flat HDB tempat dia tinggal di Yishun, selepas disoal siasat polis awal hari itu kerana didakwa mencabul kehormatan seorang budak perempuan berusia 11 tahun.



"Satu kesalahan serius melibatkan mencabul kehormatan seorang budak sangat muda" dilaporkan pada 25 Jan, kata Encik Wong.



Ini membuat polis pergi Sekolah Menengah North View esoknya, apabila mereka tidak dapat memastikan identiti budak lelaki terlibat pada mulanya. Rakaman kamera menunjukkan dia memakai uniform sekolah itu.



Lima pegawai polis berpakaian preman tiba dalam dua kereta tidak bertanda di sekolah tersebut pada 26 Jan.



Bagaimanapun, tambah Encik Wong, sekolah itu dan polis mengambil langkah-langkah bagi mengendalikan Benjamin dengan sensitif sepanjang proses tersebut.



Ini termasuk memakai pakaian awam, membolehkan pengetua sekolah bercakap dengan murid itu bagi meyakinkannya sebelum interviu polis, dan membiarkan kaunselor sekolah menyertai interviu tersebut, ujarnya.



Benjamin juga dibenarkan bercakap kepada ibunya sebelum pergi ke balai polis dan tidak dikekang atau digari.



Seseorang pegawai juga bercakap dengannya di dalam kereta untuk membuat dia selesa, dan dia kemudian diinterviu di pejabat terbuka.



Budak itu tidak diletak bersama orang dewasa dalam tahanan semasa menunggu ibunya datang menjaminnya selepas dia ditangkap, dan dibebaskan dalam tempoh empat jam selepas dibawa ke balai polis.



Tidak ada tanda tekanan emosi atau ketidakstabilan, kata Encik Wong. Pegawai dan kakitangan sekolah yang berinteraksi dengannya berkata dia tidak berkelakuan luar biasa.



Satu-satunya tanda stres yang ditunjukkannya ialah apabila ibunya bercakap dengannya melalui telefon di sekolah, tambah Encik Wong.



Ibu dan kakaknya berkata dia berkelakuan seperti biasa di rumah dan juga menunjukkan "reaksi bukan luar biasa" apabila diberitahu dia tidak akan menghadiri perkhemahan sekolah bagi pelajar menengah tiga pada hari berikutnya.



Peguam Negara berkata sebahagian besar siasatan koroner itu akan berusaha menetapkan bagaimana kematiannya berlaku.



Keluarga Benjamin, termasuk ibu bapa dan abang serta kakaknya, hadir di galeri, dan melihat prosiding itu dengan muka suram.



Wakil Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan turut hadir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >