Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Siasatan koroner kes kematian akibat minyak pati terbakar bermula

Apr 01, 2016 | 10:04 AM



SEORANG jurutera sedang menyalakan dua peresap aromaterapi dalam tandas bilik tidur utamanya apabila wap daripada minyak pati ternyala, menyebabkan kebakaran kilat, mahkamah koroner diberitahu pada Khamis (31 Mac).



Api itu menjilat tubuh Encik Mohd Rizalludin Hassan, 34 tahun, menyebabkan beliau kelecuran 80 peratus.



Allahyarham meninggal dunia di hospital sembilan hari kemudian dalam kejadian pada 13 Oktober itu.



Pada hari kejadian, Allahyarham menyalakan peresap Avita pada kira-kira 9.30 malam. Tidak lama selepas itu, isteri, Cik Nurul Asyikin Norman, dan ibu mentuanya, Cik Juraidah Nabi, yang berada di bilik tidur utama, terdengar bunyi letupan kuat.



Cik Juraidah, 53 tahun, melihat jejak api sepanjang satu meter di lantai. Beliau dan Cik Nurul Asyikin, 34 tahun, kemudian melihat Allahyarham terbakar. Mereka memadamkan api menggunakan selimut dan Cik Juraidah menghubungi ambulans.



Allahyarham, yang badannya merah dan berdarah, mula mundar-mandir di sekitar ruang tamu untuk mengurangkan kesakitannya. Beliau tidak dapat melihat dengan jelas dan mendapati sukar bernafas.



Seorang jiran menggunakan hos dari tandas dapur untuk menyembur air pada Allahyarham, tetapi itu membuat beliau menjerit kesakitan.



Allahyarham dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dan, esoknya dimasukkan ke unit terbakar Hospital Besar Singapura (SGH), di mana beliau antara lain menjalani graf kulit dan tulang.



Namun pada 20 Okt, beliau mengalami radang paru-paru, sindrom masalah pernafasan akut dan tekanan darah rendah, dan keadaannya beransur-ansur menjadi teruk.



Seorang penyiasat kebakaran berkata kebakaran itu bermula di atas meja solek di dalam tandas, di mana peresap dan dua pemetik api disimpan. Sisa-sisa minyak pati dalam botol lima liter ditemui di atas lantai tandas. Suhu terendah di mana wap cecair akan menyala ialah 16 deg Celcius, katanya.



Siasatan itu juga mendengar bahawa pemilik jenama peresap itu, Shiang's International, mewajibkan pembeli menghadiri taklimat keselamatan. Tetapi Cik Nurul Asyikin, seorang guru sekolah rendah, yang mula membelinya satu setengah tahun lalu, berkata beliau tidak pernah diberitahu mengenai taklimat tersebut.



Selepas kebakaran maut itu, syarikat tersebut meletak video keselamatan di laman webnya.



Satu kemalangan melibatkan peresap itu sebelum ini dicatatkan berlaku pada 2014 apabila seorang kakitangan melecur kecil.



Peresap itu dikeluarkan pada 2007.



Pengurus operasi Shiang, Encik Chok Wai Chen, akan memberi keterangan apabila siasatan koaroner disambung pada masa akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >