TIADA sebarang bukti perbuatan khianat dapat dikesan setelah siasatan dilakukan berhubung insiden kes jangkitan Hepatitis C di Hospital Besar Singapura (SGH) tahun ini.
Menurut kenyataan polis semalam, hasil siasatan dan kajian tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan dan dikongsi dengan Jawatankuasa Semakan Bebas yang dilantik oleh Kementertian Kesihatan (MOH) untuk menyiasat kes tersebut.