KAWASAN Geylang Serai, terutama pasar Geylang Serai, sesak dengan pengunjung beberapa hari menjelang Ramadan.
Kunjungan Berita Harian ke pasar tersebut mendapati sejak pagi ramai orang berpusu-pusu membeli barangan keperluan dapur seperti daging, ayam, rempah-ratus dan sayur-sayuran.
Sebahagian pengunjung mungkin merungut kerana kesakan itu, tetapi para penjual senyum lebar kerana ia bermakna perniagaan mereka 'ligat' berbanding hari-hari biasa.
Ikuti laporan lanjut ketibaan Ramadan di Berita Minggu esok.