SIDANG awam mengenai kepalsuan yang sengaja disebarkan di dalam talian bermula hari ini, langkah mercu tanda dalam usaha berterusan Singapura mencegah dan memerangi fenomena yang pesat menular itu.
Sejumlah 79 individu dan wakil pertubuhan - mewakili pihak berkepentingan berbeza - telah diundang memberikan keterangan lisan kepada jawatankuasa peringkat tinggi dalam tempoh sidang selama lapan hari di Bangunan Parlimen.