Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sidang dengar awam Presiden Dipilih bermula minggu depan

Apr 12, 2016 | 07:31 AM



SURUHANJAYA Perlembagaan yang ditugaskan mengkaji semula jawatan Presiden Dipilih menerima lebih 100 hujahan bertulis daripada kumpulan dan individu, dan akan mengadakan sidang dengar awam pada akhir bulan ini dan bulan depan.



Dalam satu kenyataan pada Isnin (11 Apr), suruhanjaya sembilan anggota itu, yang meminta pandangan daripada orang ramai pada Februari, berkata ia berhati-hati menimbangkan semua hujahan dan membuat keputusan menjemput beberapa penyumbang datang dan menjelaskan atau menghuraikan hujahan bertulis mereka.



Sidang dengar awam itu akan diadakan di auditorium Mahkamah Agung dan dijadual pada 18, 22 dan 26 April serta 6 Mei. Sekretariat suruhanjaya itu berkata orang ramai akan dimaklumkan sekiranya tarikh tambahan diperlukan.



Suruhanjaya itu menjangka menyiapkan laporannya, yang akan mengandungi saranannya, menjelang suku ketiga tahun ini.



Diketuai Hakim Besar Sundaresh Menon, suruhanjaya itu dilantik oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 10 Feb.



Encik Lee berkata di Parlimen pada Januari bahawa Presiden harus kekal dipilih, tetapi aspek tertentu prosesnya perlu dikaji semula.



Pertumbuhan rizab Singapura, dengan Presiden sebagainya penjaganya, bermakna individu berwatak dan cekap diperlukan. Pertimbangan lain ialah perlu memastikan calon daripada kaum minoriti harus berpeluang dipilih dari semasa ke semasa.



Suruhanjaya itu termasuk pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Encik Eddie Teo, yang menerajui Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden yang menyemak calon pada 2011.



Termasuk dalam panel itu ialah hakim Mahkamah Agung Tay Yong Kwang, mantan Speaker Parlimen Abdullah Tarmugi, Duta Kelana Chan Heng Chee, dan pemimpin perniagaan Chua Thian Poh daripada Ho Bee Land, Philip Ng daripada Far East Organization, Peter Seah daripada DBS Bank dan Wong Ngit Liong daripada Venture Corp.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >