PEMBULIAN di alam siber tidak boleh diambil ringan kerana boleh menyebabkan tekanan perasaan yang berakhir dengan tindakan membunuh diri.
"Ada orang mungkin menyangka mereka cuma bergurau sahaja apabila mengusik orang lain di alam siber tetapi sebenarnya tindakan mereka itu boleh membahayakan orang lain," kata Nurul Izzati Mohd Amin, 12 tahun.