Sidang khas Parlimen Khamis ini

Parlimen akan mengadakan sidang khas pada 4 petang, Khamis ini.

Seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Dewan kepada Speaker Parlimen, persidangan hari ini adalah sebagai menyampaikan Penghargaan kepada Perdana Menteri Pertama Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew.

Kehadiran pada sidang khas itu adalah untuk tetamu undangan sahaja, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Kerani Parlimen, tadi.

Liputan langsung sidang tersebut akan disediakan menerusi saluran radio 938LIVE; saluran berita, Channel News Asia; laman parliament, https://www.parliament.gov.sg dan di laman mengenang mendiang di www.rememberingLeeKuanYew.sg.

Orang ramai boleh memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di Dewan Parlimen mulai 10 pagi hingga 8 malam antara Rabu, 25 Mac hingga Sabtu, 28 Mac ini.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh hubungi talian 6336- 1166.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 60
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.