Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sidang Parlimen: Kos NDP 2016 di Stadium Negara $39.4j

Feb 29, 2016 | 03:12 PM



PERBARISAN Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini, yang akan diadakan di Stadium Negara di Hab Sukan, akan menelan belanja $39.4 juta, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen.


Kos itu seganda kos NDP masa lalu yang diadakan di Pelantar Terapung Marina Bay, yang antara $15.7 juta dan $17.9 juta.


Sambutan 9 Ogos di Padang pada masa lalu, misalnya persembahan 2010 menelan belanja $20.6 juta manakala kos NDP tahun lalu bagi menyambut 50 tahun kemerdekaan Singapura berjumlah $40.5 juta.


Bercakap di Parlimen pada Isnin (29 Feb), Dr Ng berkata separuh daripada jumlah kos biasanya diperuntukkan untuk segmen persembahan. Tetapi kos tempat bagi menggunakan Stadium Negara kali ini lebih tiga kali ganda daripada 4 peratus pada tahun sebelumnya, kepada 15 peratus tahun ini.


Ia sama dengan acara kebangsaan lain yang diadakan di tempat, kata Dr Ng semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen pembangkang, Cik Sylvia Lim (Aljunied GRC), tentang kos mengadakan NDP tahun ini.


Dr Ng juga berkata tempat lebih besar di stadium 55,000 tempat duduk itu, bagaimanapun, membolehkan sekitar 275,000 rakyat Singapura menonton persembahan tersebut, lebih dua kali bilangan penonton pada tahun-tahun lalu.


NDP tahun ini akan menjadi yang pertama diadakan di stadium berbumbung kubah di Kallang itu, 10 tahun selepas perarakan yang terakhir diadakan di Stadium Negara lama sebelum ia dirobohkan.


Dr Ng juga mengumumkan beberapa acara kegemaran ramai NDP tidak akan menjadi sebahagian daripada persembahan tahun ini.


The Red Lions tidak akan melakukan terjun bebas dan payung terjun ke dalam Stadium Negara atas sebab-sebab keselamatan, katanya.


Perarakan konvoi kenderaan dan pertunjukan udara tentera juga tidak akan diadakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >