MESKIPUN telah lama meninggalkan bidang politik, jasa dan sumbangan mantan Anggota Parlimen (AP) dan Menteri Negara Kanan, Haji Sidek Saniff, masih mendapat mendapat penghargaan.
Haji Sidek, 76 tahun, menerima anugerah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak, dalam bentuk Anugerah Suluh Budiman (Politik) UPSI atas keterampilan, ketokohan dan sumbangan beliau kepada masyarakat Melayu/Islam Singapura.