Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sifat tanggungjawab wujudkan budaya guna PMD, basikal lebih selamat

Aug 21, 2018 | 03:57 PM



PENGGUNAAN alat mobiliti peribadi (PMD) secara bertanggungjawab boleh memberi manfaat kepada semua, termasuk perniagaan, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Menerusi laman Facebook beliau hari ini (21 Ogos), beliau memberi contoh syarikat penghantaran makanan, Deliveroo, yang menggalak pekerja mereka yang menggunakan PMD – seperti basikal dan skuter elektrik (e-skuter) – mengamalkan tabiat menunggang dengan selamat.



“Pihak pengurusan Deliveroo menunjukkan kami beberapa amalan terbaik mereka dan memberi jaminan kepada kami bahawa mereka mengambil kebajikan penunggang mereka dan keselamatan semua pengguna laluan awam dengan serius,” kata beliau.



Beliau, yang juga pengerusi Panel Penasihat Mobiliti Aktif (Amap), dan sekumpulan anggota panel itu telah menemui kakitangan Deliveroo baru-baru ini.



Dr Faishal berkata Deliveroo sedang bekerja rapat dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) demi memastikan penunggang mereka sentiasa mendapat maklumat terkini tentang peraturan mobiliti aktif dan kod tata laku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >