Sijil kelahiran SG50 pertama diberikan pada bayi lelaki

SIJIL kelahiran peringatan SG50 yang pertama telah diberikan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) hari ini, Jumaat.

Zayn Qushairi Zulkifli, yang dilahirkan pada 1 Januari sekitar 12.45 dinihari dan seberat 3.2 kilogram, merupakan bayi pertama yang didaftar pagi tadi kira-kira 8 pagi.

Bayi Zayn sekali gus menerima sijil khas dengan nombor bersiri T1500001A.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Grace Fu, telah menyampaikan sijil tersebut kepada ibu bapa bayi tersebut, Cik Nur Qasrina Nerva, 28 tahun dan Encik Zulkifli Maswari, 27 tahun.

Pasangan tersebut telah berumahtangga selama tiga tahun dan mempunyai dua anak perempuan berusia 3 dan 2 tahun, dan telah mengharapkan seorang anak lelaki.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 42
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.