FILEM muzikal Sinaran menerangi jalan bagi pembikin filem setempat agar tampil berani menjalin kerjasama dan menyepadukan bakat serantau yang berkongsi misi serupa.
Sekali gus, dengan ia merupakan filem Melayu kedua selepas Banting yang berjaya dihasilkan dengan sokongan geran Penguasa Pembangunan Media (MDA), harapan melihat persada filem Melayu bangkit semula di sini seperti era P. Ramlee kian cerah.