Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sindiket bawa masuk pekerja asing secara haram dilebur, 44 ditangkap

Aug 02, 2016 | 12:29 PM



SATU sindiket yang membawa masuk pekerja asing untuk bekerja secara haram di sini telah dihancurkan, umum Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Selasa (2 Ogos).



MOM berkata dalam satu kenyataan ia melancarkan operasi penguatkuasaan selama dua hari di seluruh pulau terhadap sindiket itu minggu lepas.



Operasi di beberapa lokasi itu, termasuk pejabat, unit kediaman dan tapak binaan, menghasilkan penangkapan 44 orang.



Mereka terdiri daripada enam anggota sindiket itu dan 38 pekerja asing.



Barang-barang seperti kad permit kerja, senarai nama pekerja, dan token SingPass dirampas, kata MOM.



Menurut MOM, sindiket itu biasanya menubuhkan syarikat kulit dan mengupah "kambing hitam" yang tidak mempunyai sembarang pengetahuan mengenai syarikat tersebut sebagai pengarah.



Akaun SingPass mereka kemudiannya digunakan untuk membuat penipuan permohonan pas kerja, dengan sindiket itu mendapat sejumlah besar rasuah daripada pekerja asing yang dibawa masuk.



Oleh kerana tidak ada pekerjaan sebenar, pekerja asing itu kemudian dilepaskan untuk mencari kerja sendiri, dengan ramai daripada mereka bersubahat dengan sindiket itu dan membayar sogokan bagi mendapatkan pas kerja untuk tinggal di Singapura.



Mereka mencari kerja sendiri melalui cara tidak sah.



Encik Kevin Teoh, pengarah bahagian bagi Bahagian Pengurusan Tenaga Kerja Asing MOM, berkata: "MOM memandang serius perbuatan membawa masuk pekerja asing tanpa kerja dan membolehkan pekerja mencari pekerjaan mereka sendiri.



"Kami akan menghukum pesalah bertanggungjawab dan akan meneruskan usaha mengesan dan melenyapkan sindiket yang meneruskan kesalahan itu."



MOM berkata ia menjalankan empat operasi utama tahun lepas terhadap sindiket serupa itu. Mereka telah menubuhkan empat syarikat dan membawa masuk kira-kira 300 pekerja.



Seramai 12 anggota sindiket ditangkap.



Mereka yang disabitkan dengan kesalahan membawa masuk buruh haram boleh dikenakan hukuman penjara antara enam bulan dan dua tahun, dan denda hingga $6,000 bagi setiap pertuduhan.



Hukuman sebat juga dikenakan bagi kes lebih teruk.



Majikan yang menggajikan pekerja asing yang mencari kerja secara haram boleh dihukum denda antara $5,000 dan $30,000, dan/atau penjara hingga 12 bulan.



Kontraktor utama untuk mempunyai pekerja haram di tapak kerja mereka boleh didenda hingga $15,000 dan/atau dipenjara hingga 12 bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >