Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sindiket dadah yang berpangkalan di Johor ditumpaskan

Apr 08, 2018 | 08:20 PM



SATU operasi bersama antara Singapura dengan Malaysia telah berjaya menumpaskan satu sindiket dadah yang berpangkalan di Johor, kata Biro Narkotik Pusat (CNB) menerusi satu kenyataan hari ini (8 April).



Sekitar 14 kilogram heroin dirampas sementara 16 orang ditangkap hasil siasatan yang dijalankan oleh CNB bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (NCID) Malaysia.



Pengarah CNB, Encik Ng Ser Song, berkata:



“Kami telah berjaya menumpaskan sindiket dadah yang membekalkan jumlah dadah yang besar ke Singapura, serta mencegah jumlah dadah yang banyak daripada masuk ke negara ini.”



Selasa lalu, kedua-dua agensi menerima risikan bahawa satu konsainan dadah akan dibawa masuk ke Singapura.



Pegawai CNB mengesan dua suspek pengedar dadah – lelaki warga Singapura yang berusia 45 dan 55 tahun – sedang memandu ke tempat letak kereta Alexandra Retail Centre hari itu.



Dua lagi suspek – lelaki warga Malaysia yang berusia 20-an tahun – kemudian tiba di tempat letak kereta itu dengan menaiki motosikal.



Keempat-empat lelaki itu ditangkap sejurus selepas mereka meninggalkan tempat letak kereta tersebut dengan menaiki kenderaan masing-masing.



Polis menemui sekitar 470 gram heroin dalam kereta berkenaan. Mereka juga menemui wang sebanyak $2,500 pada setiap seorang warga Malaysia itu.



Menyusuli penangkapan itu, polis telah melawat tempat kerja salah seorang warga Malaysia itu yang berusia 25 tahun.



Mereka menemui sekitar 2.4 kilogram heroin dan 525 gram 'ice' atau methamphetamine dalam lokarnya, menurut akhbar The Straits Times.



Dalam pada itu, CNB turut menangkap dua lagi lelaki warga Singapura berusia 20-an tahun di sebuah pasar raya di Choa Chu Kang, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket dadah itu.



Pegawai CNB turut mendapati bahawa salah seorang lelaki itu memiliki satu paket kecil 'ice'.



“Kedua-dua lelaki itu berkeras cuba melawan dan kekerasan yang sewajarnya telah digunakan untuk menangkap mereka.



“Semasa kejadian itu, dua pegawai CNB mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan pesakit luar,” kata CNB.



Keesokan harinya, NCID melancarkan operasi terhadap sebuah sindiket dadah yang berpangkalan di Johor.



Mereka menangkap 10 lagi orang dan merampas 11.5 kilogram heroin serta 61 gram 'ice' dan enam kereta.



“Usaha memerangi dadah ini harus dijalankan dengan kerjasama rapat... tiada agensi penguatkuasaan dadah dapat melakukannya sendiri,” kata Encik Ng.



Siasatan CNB masih dijalankan.



Sesiapa yang didapati bersalah mengedar lebih 15 gram heroin tulen atau 250 gram methamphetamine boleh menghadapi hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >