Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sindiket lebih sedia edar dadah dalam kuantiti besar selepas Covid-19: Faishal

Jan 28, 2023 | 09:03 PM



PANDEMIK Covid-19 telah mengubah corak pengedaran dadah, dengan pihak sindiket menunjukkan keinginan yang bertambah untuk berurusan dalam kuantiti yang besar.



Menurut Biro Narkotik Pusat (CNB), ini termasuk insiden pada tahun lalu di mana sebanyak 18 kilogram heroin dan 13 kilogram dadah masing-masing dirampas pada Mei dan September.



Pihak sindiket bagaikan bersedia membekalkan dadah ke Singapura, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, di majlis makan tengah hari sebagai menghargai sukarelawan dan rakan-rakan rangkaian advokasi anti penyalah gunaan dadah, hari ini.



"Mereka terus berinovasi dan berfikir bagaimana untuk mengelakkan undang-undang, menjahanamkan kehidupan dan keluarga demi keuntungan mereka sendiri," tambahnya di acara yang berlangsung di HomeTeamNS Balestier.



Dadah jenis methamphetamine terus menjadi dadah yang biasa disalah gunakan di Singapura, dengan 60 peratus daripada penangkapan semua penyalah guna dadah pada 2021 menyalah guna bahan tersebut, kata Dr Faishal.



Ini menyusuli banyaknya methamphetamine dalam rantau ini, yang secara langsung memberi impak kepada situasi penagihan dadah di sini.



Kawasan yang dikenali sebagai Segi Tiga Emas atau Golden Triangle yang bersempadankan Thailand, Laos dan Myanmar - telah menjadi sumber bekalan sejagat utama.



Singapura, yang merupakan hab pengangkutan dan perkapalan utama, bertindak selaku pusat transit bagi banyak sindiket dadah, tambah Dr Faishal. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >