Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sindiket rokok seludup 'ikat perut'

Jan 19, 2021 | 05:30 AM



PENJAJA rokok seludup kini terpaksa 'ikat perut' kerana bekalan terhad disebabkan penutupan sempadan dan pemeriksaan lebih ketat yang dijalankan pihak berkuasa.



Sindiket yang membawa masuk rokok seludup juga dilihat mulai mencari pintu masuk alternatif kerana jalan masuk menerusi pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands "tidak lagi selamat" untuk mereka.



Ini menyebabkan lubuk di mana penjaja warga Vietnam yang sering dilihat 'bersepah' menjual rokok seludup - terutamanya di lorong-lorong Geylang - juga makin berkurangan.



Pihak Kastam Singapura mengesahkan hal ini kepada Berita Harian dan mendedahkan, semasa Singapura memasuki fasa kedua kawalan pergerakan, "kegiatan penjajaan berlaku hanya sekali sekala dan secara rambang" sahaja.



"Disebabkan langkah pemutus litar bagi menangani pandemik Covid-19, 'penghantaran bekalan' dari dua pusat pemeriksaan darat telah merosot dengan ketara sekali.



"Tambahan itu, pemeriksaan lebih ketat juga menimbulkan risiko lebih besar ke atas sindiket, jadi mereka sekarang merubah kaedah menyeludup rokok ke negara ini, dengan menggunakan pelabuhan atau kargo udara.



"Rampasan yang dibuat baru-baru ini juga menunjukkan kontena kapal yang diimport dari negara-negara Asia Tenggara telah digunakan untuk menyeludup rokok ke Singapura," dedah konsultan industri rokok serantau yang meminta identitinya dirahsiakan kereka syarikatnya terlibat dalam menjejaki sindiket penyeludupan rokok di sini.



Sumber di lapangan mendedahkan kepada akhbar ini, rokok kretek terutamanya 'Gudang Garam' yang diseludup masuk ke sini adalah termahal berbanding rokok-rokok lain - dijual sehingga $7 sekotak.



Rokok seludup paling murah di sini ialah rokok putih 'Double Happiness' yang dibawa masuk dari China serta rokok 'Texas 5' yang dijual pada harga serendah $4 atau $5 sekotak.



Laporan khas:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >