Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura, Australia ikat janji pertingkat hubungan keselamatan, perdagangan dan seni

May 06, 2016 | 08:58 AM



SINGAPURA dan Australia telah menandatangani apa yang dianggap sebagai satu pakatan "mercu tanda" yang akan meningkatkan hubungan, membolehkan kerjasama lebih rapat dalam keselamatan, perdagangan, dan seni serta budaya.



Antara siri perjanjian baru itu ialah kerjasama perjanjian pertahanan yang akan memberi tentera Singapura akses kepada lebih banyak kawasan tentera di Australia untuk berlatih selama 25 tahun.



Kedua-dua pihak juga telah melihat semula perjanjian dagangan bebas yang ditandatangani pada 2003, untuk meningkatkan aliran perdagangan dan pelaburan, mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai rakan kongsi perdagangan sedang ia menjadi hab bagi perniagaan Australia dan pembekal perkhidmatan untuk memanfaatkan peluang di Asia.



Syarikat di kedua-dua negara juga akan dapat memanfaatkan dana padanan sebanyak $50 juta sepanjang lima tahun untuk membangun, sebagai sebahagian daripada usaha kedua-dua pihak meningkatkan kerjasama sains dan inovasi.



Di samping itu, rakyat Singapura akan berasa kurang leceh melawat Australia kerana mereka tidak lagi perlu memohon visa yang sah untuk 12 bulan. Di bawah perjanjian itu, pihak berkuasa Australia akan memberi visa pelbagai tahun.



Pemerintah kedua-dua negara mengumumkan perjanjian itu pada Jumaat (6 Mei), menjelang lawatan Perdana Menteri Lee Hsien Loong ke Australia, yang dijadual pada akhir bulan ini tetapi ditangguhkan memandangkan rakan sejawatannya dari Australia, Encik Malcolm Turnbull, dijangka mengumumkan minggu depan bahawa pilihan raya akan diadakan pada 2 Jul.



Perjanjian itu datang setahun selepas Perdana Menteri Australia sebelum Encik Turnbull, Encik Tony Abbott, dan Encik Lee menandatangani perjanjian Perkongsian Strategik Menyeluruh.



Antara langkah lain dalam perjanjian baru itu ialah:



- Sehingga 500 warga muda Singapura dapat bekerja atau belajar di Australia sehingga 12 bulan di bawah Program Bekerja dan Bercuti baru



- Artis, kumpulan seni dan penghibur Singapura boleh memanfaatkan dana $5 juta sepanjang lima tahun untuk mementaskan karya mereka di Australia



- Syarikat permulaan Australia boleh mendapatkan akses kepada Asia untuk mempamer produk dan perkhidmatan mereka dengan bantuan Singapura sebagai sebuah "pad pendaratan" inovasi



- Lebih banyak pengiktirafan bersama kelayakan profesional satu sama lain, dengan keutamaan bagi jurutera dan akauntan



Menyifatkan perjanjian baru itu sebagai "mercu tanda" dan "berbaloi", Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, memberitahu pemberita wartawan ia meletak ekonomi, pertahanan dan hubungan rakyat dengan rakyat dua negara itu "pada trajektori baru bagi generasi akan datang".



"Singapura dan Australia mempunyai penjajaran strategik sangat baik, bermakna cara kita melihat dunia, cara kita melihat kepentingan strategik, kepentingan pertahanan kita sangat sejajar. Singapura penyokong kuat dan boleh dipercayai integrasi Australia ke dalam Asia secara keseluruhan," kata Dr Balakrishnan.



"Selain itu, dari segi ekonomi, kita melihat diri kita sebagai saling melengkapi," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >