Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura bantu bangunkan dua bandar di Rajasthan

Nov 20, 2015 | 10:36 AM



JAIPUR (Rajasthan): Singapura akan berkongsi kepakarannya dalam perancangan bandar untuk membantu membangunkan dua bandar baru di negeri padang pasir Rajasthan di India, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.


Satu memorandum persefahaman bagi kerjasama baru antara Singapura dan Rajasthan ditandatangani pada Khamis (19 Nov), lapor akhbar The Straits Times.


Singapore Cooperation Enterprise (SCE) dan Lembaga Perumahan Rajasthan bersetuju untuk bersama-sama menghasilkan pelan konsep bagi dua bandar di Jodhpur dan Udaipur. Ini termasuk huraian perumahan dan perancangan induk.


Dalam Sidang Puncak Perkongsian Kebangkitan Rajasthan selama dua hari, di mana Singapura adalah sebuah negara rakan, Encik Shanmugam, yang juga Menteri Undang-Undang, berkata:


"Mengenai perancangan bandar, kami gembira untuk berkongsi pengalaman kami dalam perumahan lebih baik, yang merupakan salah satu tanda nyata dan boleh dilihat kemajuan. Perumahan mungkin kejayaan unik kami, dengan 90 peratus (warga Singapura) memiliki rumah."


Pengarah Asia Pasifik SCE, Encik Kevin Chong, memberitahu akhbar itu fokus projek tersebut ialah pembinaan rumah mampu miliki dan banyak kawasan hijau.


Dalam satu lagi usaha baru, syarikat penerbangan tambang murah Scoot sedang mengkaji memperkenal penerbangan antara Jaipur dan Singapura, kata Encik Shanmugam.


Rajasthan, yang mempunyai penduduk kira-kira 73 juta orang, antara destinasi pelancongan utama di India. Namun, sebagai sebuah negeri padang pasir, ia sering dilanda kemarau dan mengalami kekurangan air.


Sepanjang setahun lalu, Singapura telah mengadakan beberapa kerjasama dengan Rajasthan, termasuk dalam bidang seperti pengurusan air, pemuliharaan dan latihan bagi pelancongan.


Kerjasama terbaru dalam perancangan bandar antara Singapura dan Rajasthan datang menjelang lawatan dua hari Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, ke Singapura pada Isnin ini (23 Nov).


"Kami menanti-nantikan lawatan Perdana Menteri Narendra Modi ke Singapura minggu depan, yang akan menjadi satu peristiwa penting dan langkah ke arah perkongsian lebih kukuh pada masa depan," kata Encik Shanmugam dalam sesi sulung sidang kemuncak tersebut.


Lawatan Encik Modi akan termasuk pengukuhan hubungan pertahanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >