Singapura hadapi risiko rendah dilanda ebola

SINGAPURA menghadapi risiko yang rendah untuk dilanda wabak penyakit ebola, justeru para penduduk tidak perlu cemas oleh laporan-laporan tentang kes-kes penyakit itu di luar negara, kata Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini.

Afrika Barat kini menghadapi wabak ebola yang telah membunuh lebih 600 orang sejauh ini.

Kes-kes ebola juga dilaporkan berlaku di Britain dan Hong Kong, tetapi ujian ke atas para pesakit sejauh ini dilaporkan negatif.

Pihak berkuasa di negara-negara tersebut telah pun melakasanakan langkah-langkah kuarantin.

MOH berkata, wabak ebola mencetuskan risiko kesihatan awam rendah kerana jangkitan hanya berlaku bila terdapat hubungan langsung dengan cecair badan daripada mereka yang menghidapinya.

Perjalanan ke Afrika Barat juga terhad.

Namun MOH sedang berhubungan rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan akan terus memantau keadaan.

Menurut MOH, hospital-hospital di sini akan sentiasa berwaspada untuk mengesan ebola, dengan semua kes yang disahkan akan diasingkan.

Jika terdapat kes-kes dikesan, MOH akan menjejaki mereka yang mempunyai hubungan dengan pesakit dengan mereka yang mempunyai hubungan rapat akan dikuarantin .

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 34
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.