Singapura hantar lebih banyak bantuan ke Nepal

SERAMAI sembilan pegawai daripada Pasukan Polis Singapura (SPF) dan seorang pakar patologi forensik daripada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah berlepas ke Nepal pada 9.10 pagi semalam.

Kumpulan yang diterajui komander kontinjen Penolong Pesuruhjaya Polis Lian Hua Ghim menyertai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan kotinjen Home Team seramai 69 anggota itu dalam usaha mencari dan menyelamat serta bantuan bencana lain.

Lima lagi pegawai SPF telah berlepas ke Nepal pada 30 April lalu.

Pihak SPF juga bercadang menghantar lebih ramai pegawai dalam hari-hari mendatang untuk mempertingkat usaha bantuan bencana.

Selain itu, sekumpulan doktor dan jururawat daripada Kementerian Kesihatan (MOH) turut menyertai pasukan perubatan SAF bagi menyediakan sokongan perubatan untuk merawat mangsa di tapak bencana di Nepal.

Kumpulan yang terdiri daripada dua doktor dan empat jururawat daripada Hospital Besar Singapura (SGH) dan seorang doktor Nepal daripada Hospital Tan Tock Seng (TTSH) berlepas ke Nepal semalam.

Mereka dijangka berkhidmat selama hingga dua minggu.

Kumpulan itu adalah sebahagian sumbangan MOH kepada misi bantuan bagi gempa bumi Nepal.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.