Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura harus kekal yakin berupaya atasi cabaran: Heng Swee Keat

Dec 02, 2016 | 09:15 AM



WALAUPUN terdapat pergolakan ekonomi, Singapura harus tetap yakin pada keupayaannya mengatasi cabaran, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat pada Khamis (1 Dis), selepas mempengerusikan Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan (CFE) buat kali pertama selepas diserang angin ahmar pada Mei.



Encik Heng dan pengerusi bersamanya, Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Industri), Encik S. Iswaran, memberi maklumat terkini mengenai kerja jawatankuasa itu dan berkata Singapura akan menghadapi beberapa cabaran. Tetapi mereka kekal yakin.



CFE dibentuk pada Oktober tahun lalu untuk mengenal pasti bidang pertumbuhan utama dan merangka strategi bagi mengembangkan ekonomi pada jangka masa panjang.



Ia hampir menyelesaikan kerjanya dan akan mengeluarkan laporan mengenai saranannya awal tahun depan.



Anggota jawatankuasa itu yakin pada masa depan Singapura, kata Encik Heng di laman Facebook beliau.



"Perkara utama ialah bekerja bersama, membina keupayaan kita, kekal tangkas dan lincah. Ini memerluka usaha, sudah tentu, tetapi ini adalah semangat juang yang betul," katanya.



Doktor membenarkan Encik Heng meneruskan tugas pejabat ringan pada Ogos, tetapi beliau menjauhi tempat ramai orang kerana mahu membina imuniti.



Mesyuarat itu ialah yang kelima dan terakhir CFE, dan Encik Heng berkata dunia telah banyak berubah sepanjang beberapa bulan lalu, sekali gus menekankan betapa pentingnya merancang dan meletak asas bagi perubahan jangka panjang.



Jawatankuasa 30 anggota itu telah mengadakan lebih 80 perbincangan. Ini termasuk sesi kumpulan fokus dengan lebih 1,000 pelajar, pendidik, ibu bapa, ahli kesatuan sekerja, pemimpin perniagaan dan ahli akademik.



Anggota jawatankuasa itu juga menyertai lebih 20 perbincangan panel, seminar dan persidangan, di mana mereka menjangkau lebih 6,000 orang.



Encik Heng berkata beliau bersetuju dengan para anggota yang berkata sektor awam, swasta dan rakyat harus terus bekerja bersama walaupun selepas tugas jawatankuasa itu selesai.



Dalam satu pos Facebook berasingan, Encik Iswaran, yang mempengerusikan mesyuarat CFE semasa ketiadaan Encik Heng, berkata perbincangan itu berlaku dalam keadaan ekonomi global tidak menentu dan keadaan mencabar bagi perniagaan dan orang ramai.



Keadaan sukar itu termasuk perubahan struktur jangka panjang, misalnya penduduk semakin tua dan perubahan teknologi.



"Walaupun dalam kita menangani cabaran-cabaran ini, kita mesti mempunyai fokus jelas mengenai daya saing dan pertumbuhan masa depan Singapura," kata Encik Iswaran.



Jawatankuasa itu sedang mengkaji cara untuk terus mengubah perniagaan, meningkatkan inovasi dan memastikan rakyat Singapura mempunyai kemahiran betul untuk merebut peluang masa depan, ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >