Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura 'jauh daripada kebal' daripada ancaman dadah

Mar 16, 2017 | 08:50 AM



BILANGAN penagih dadah yang dikesan di Singapura berkurangan tahun lalu dan mereka membentuk kurang 0.1 peratus daripada jumlah penduduk.



Bagaimanapun, negara ini jauh daripada kebal daripada ancaman dadah, Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri) Desmond Lee memberitahu perwakilan dalam Sesi ke-60 Suruhanjaya mengenai Dadah Narkotik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna, Austria, pada Isnin (13 Mac).



Ucapan beliau datang selepas perbahasan Belanjawan tahun ini di mana Kementerian Ehwal Dalam Negeri berkata Biro Narkotik Pusat (CNB) akan meningkatkan kehadirannya di sosial media untuk membantu menyebarkan mesej antidadah dalam kalangan orang muda.



Encik Lee menggariskan komitmen Singapura untuk memerangi dadah dan menggesa negara-negara bekerja keras untuk mencapai matlamat yang dinyatakan dalam Deklarasi Politik dan Pelan Tindakan 2009.



Beliau berkata walaupun keterbukaan dan konektiviti kelebihan besar bagi Singapura, ia juga membawa cabaran seperti sikap lebih terbuka dan suka eksperimen dalam kalangan belia terhadap dadah.



Statistik CNB bagi tahun lalu menunjukkan penyalahgunaan dadah semakin meningkat dalam kalangan orang muda dan majoriti penagih baru berusia bawah 30 tahun.



Encik Lee turut berkongsi "strategi pencegahan kerosakan" serampang tiga mata Singapura: pendidikan pencegahan yang disesuaikan; undang-undang tegas dan penguatkuasaan berkesan dan pantas; dan rangka kerja pemulihan tersusun dan berasaskan bukti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >