Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura keluarkan permintaan minta Thailand serah suspek rompakan bank StanChart

Jul 19, 2016 | 12:17 PM



PIHAK berkuasa Singapura telah menulis kepada kerajaan Thai memminta bantuan mereka menghantar ke sini warga Canada yang menjadi suspek rompakan Standard Chartered Bank di Holland Village, David James Roach.



Rompakan berani itu berlaku pada 7 Julai.



Dalam satu kenyataan pada Selasa (19 Julai), polis berkata mereka telah mengemukakan "permintaan bantuan undang-undang kepada pihak berkuasa Thailand untuk mendapatkan bantuan mereka memberi bukti yang dirampas daripada suspek ke Singapura".



"Jika pihak berkuasa Thai tidak dapat menyerahkan suspek terus ke Singapura kami akan menuntut penghantaran suspek dari sembarang negara yang Thailand akhirnya putuskan untuk hantar suspek," kata jurucakap polis.



Singapura tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Thailand.



Roach, 27 tahun, ditangkap di Bangkok Ahad lalu, tiga hari selepas dia didakwa merompak wang tunai kira-kira $30,000 tunai cawangan bank StandChart itu.



Dia melarikan diri ke Bangkok pada hari sama selepas rompakan itu.



Sejak ditangkap, Roach ditahan di sebuah pusat tahanan imigresen di Bangkok. Polis Thai membatalkan haknya tinggal di negara itu selepas Singapura mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >