Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura kutuk keras serangan di Istanbul; tiada warga Singapura cedera

Jun 29, 2016 | 12:31 PM



SINGAPURA mengutuk keras serangan ke atas Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul, Turkey yang membunuh sekurang-kurangnya 36 orang, kata Kementerian Ehwal Luar pada Rabu (29 Jun), sambil menambah tiada rakyat Singapura dilaporkan cedera atau terjejas oleh kejadian itu.



Tiga pengebom berani mati meletupkan diri mereka di lapangan terbang antarabangsa utama itu pada Selasa, membunuh 36 orang dan mencederakan hampir 150 orabng.



Perdana Menteri Turkey berkata ia serangan oleh kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



"Kami sedih dengan kehilangan banyak nyawa tidak bersalah dan kami berdiri bersatu dengan rakyat dan pemerintah Turkey dalam masa sukar ini," kata kenyataan MFA.



"Kami juga ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga terlibat dan berharap mereka yang cedera akan cepat sembuh."



MFA berkata ia telah menghubungi kebanyakan warga Singapura yang berdaftar di Istanbul dan mengesahkan mereka selamat.



Kedutaan Singapura di Ankara juga sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan Turkey, katanya.



"Setakat ini, tiada laporan mengenai sembarang warga Singapura cedera atau terlibat secara langsung dengan kejadian itu. Kami akan terus menghubungi baki warga Singapura yang berdaftar."



Warga Singapura di Turkey dinasihatkan supaya berwaspada dan mengikut arahan daripada pihak berkuasa Turkey.



Mereka yang tinggal di Istanbul dan memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Ankara atau Pejabat Bertguas MFA 24 jam di:



Kedutaan Republik Singapura di Ankara



Tel: + 90 530 066 7311



E-mel: singemb_ank@mfa.sg



Pejabat Bertugas MFA



Tel: +65 6379 8800 / 8855 (hotline 24 jam)



Emel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >