Singapura kutuk pembunuhan ngeri wartawan Amerika

SINGAPURA mengutuk keras tindakan kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) khususnya kempen ganas terhadap kumpulan minoriti di utara Iraq, pelanggaran hak asasi manusia dan pembunuhan ngeri wartawan Amerika Syarikat, Encik James Foley.

Jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) menambah perbuatan sedemikian membuktikan "ancaman serius dan segera ISIS".

Dalam satu kenyataan tadi, MFA mengucapkan takziah kepada keluarga Encik Foley dan mangsa tidak berdosa yang lain.

"Kami juga menyeru pembebasan segera semua tebusan ISIS.

"Terdapat keperluan mendesak bagi masyarakat antarabangsa untuk bekerjasama bagi menangani ancaman kumpulan pengganas seperti ISIS.

"Dalam hal ini, Singapura menyokong Resolusi 2170 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang bukan sahaja mengutuk keras tindakan pengganas dan ideologi pelampau ganas ISIS, bahkan menggesa semua negara anggota PBB mengambil langkah sewajarnya agar memerangi keganasan," kata MFA.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 16
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.