Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura kutuk serangan di Ankara, tiada warga tempatan terjejas

Feb 18, 2016 | 02:47 PM



KEMENTERIAN Hal Ehwal Luar (MFA) telah mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom kereta di ibu negara Turkey, Ankara, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis (18 Feb) sebagai respons kepada pertanyaan media, MFA juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa serangan ke atas konvoi kenderaan tentera pada Rabum (17 Feb) malam itu.


Ia juga mengharap 61 mangsa yang cedera cepat sembuh.


MFA menambah "tiada laporan sembarang rakyat Singapura terjejas secara langsung oleh serangan itu", dan ia telah berhubungan dengan semua warga yang telah mendaftar sebagai berada di bandar itu.


MFA menasihatkan warga Singapura supaya menghubungi Kedutaan Singapura atau Pejabat Bertugas MFA yang sepanjang 24 jam di Ankara untuk bantuan kaunseling.


Kedutaan Singapura di Ankara:


* Tel: + 90-530-066-7311


* Email: singemb_ank@mfa.sg


Pejabat Bertugas MFA:


* Tel: +65-6379-8800/8855 (hotline 24 jam)


* Email: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >