Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura kutuk serangan di Mesir, tiada laporan warga Singapura terjejas

Nov 25, 2017 | 01:39 PM



Menteri Luar Vivian Balakrishnan mengutuk pengeboman di sebuah masjid di Mesir yang membunuh  sekurang-kurangnya 235 orang, dengan mengatakan “perbuatan buruk  dan kejam” itu melanggar kesucian tempat ibadat.



Sebuah bom diletupkan di sebuah masjid di bandar Bir Al-Abed di Sinai Utara pada  Jumaat (24 Nov), sebelum lelaki bersenjata menembak   jemaah yang sedang melarikan diri daripada serangan  paling dahsyat dalam sejarah moden Mesir itu.



Serangan itu membunuh sekurang-kurangnya 235 orang dan mencederakan 125 orang.

 Dr Balakrishnan berkata dalam satu catatan Facebook pada  Sabtu bahawa beliau “terkejut dan sangat sedih” akan  serangan pengganas itu.



“Serangan buruk itu    sengaja menyasarkan jemaah  pada hari Jumaat,” tulisnya.



“Kami mengutuk perbuatan  buruk dan kejam itu, yang telah mengorbankan  begitu banyak jiwa yang tidak bersalah dan mencederakan ramai yang  lain,     yang melanggar kesucian tempat ibadat,” katanya.



“Ingatan  dan doa kami ialah  bagi  mangsa dan keluarga mereka. Kami amat menyokong   Mesir dalam masa sedih ini.”



Tidak ada laporan mengenai warga  Singapura cedera, kata Dr Balakrishnan, tetapi beliau menasihatkan warga Singapura di Mesir supaya menghubungi    rakan dan keluarga mereka, memantau berita dan mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan.



Melahirkan  sentimen sama,  Kementerian Ehwal Luar  (MFA) berkata dalam satu kenyataan bahawa Singapura amat  mengutuk serangan pengganas di Masjid Al-Rawdah itu.



“Mereka yang bertanggungjawab atas perbuatan  kejam itu  harus dibawa ke muka pengadilan,” katanya.



“Kami mengucapkan takziah  paling mendalam kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang cedera sembuh  segera.”



“Singapura menyokong kuat pemerintah   dan rakyat Mesir dalam menentang kecaman pengganasan dalam saat  sedih nasional ini.”



MFA menambah bahawa kedutaannya di Kaherah telah berhubung dengan pihak berkuasa Mesir dan pada masa ini tiada warga Singapura yang berdaftar berada di Bir Al-Abed.



Warga  Singapura di Mesir yang memerlukan bantuan dinasihatkan supaya  menghubungi Kedutaan Singapura di Kaherah melalui  nombor telefon  +20 2 3749 0468 / +20 2 3749 5045 atau +20 109 8064 130  atau e-mel singemb_cai@mfa.sg



Mereka juga boleh menghubungi Pejabat Bertugas  MFA 24 jam melalui nombor   +65 6379 8800 / + 65 6379 8855 atau e-mel mfa_duty_officer@mfa.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >