Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura, Malaysia mungkin hadapi lebih banyak asap kebakaran dari Riau

Aug 30, 2016 | 02:01 PM



JAKARTA: Lebih banyak asap daripada kebakaran hutan di wilayah Riau mungkin menuju ke arah Singapura dan Malaysia dalam beberapa hari ini disebabkan perubahan arah angin, kata agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik (BMKG) Indonesia pada Selasa (30 Ogos).



Memetik imej terkini dari satelit Himawari, BMKG berkata api tertumpu di kawasan luas di bahagian barat wilayah di Sumatera itu. Ia berkata dalam satu kenyataan bahawa dengan angin berpusing dan meniup arah ke timur, asap berpotensi menuju ke Malaysia dan Singapura.



Menurut agensi itu, kebakaran hutan di rantau barat Sumatera dalam "kedudukan tidak menentu", terutamanya dalam tempoh lima hari akan datang, dan ia akan memantau dengan rapi di kawasan berisiko tinggi di Riau, serta Aceh, Bengkulu dan Jambi, antara lain.



Terdapat juga risiko kebakaran bertambah kerana keadaan cuaca di Kalimantan Tengah dan Barat dalam beberapa hari ini.



"Kami menggesa rakyat supaya tidak membakar tanah dan bagi mereka di wilayah terjejas oleh pencemaran udara supaya menyediakan diri mereka dengan menggunakan pelitup," kata BMKG.



Data satelit daripada Pemantauan Hutan Global (GFW) mengesan hampir 700 kebakaran di seluruh Kalimantan dan Sumatera minggu lalu, sedang jerebu tebal dari tanah terbakar di kedua-dua pulau I itu mula menyelimuti ruang udara Malaysia dan Singapura.



Namun, jumlah 697 kebakaran yang direkodkan di Kalimantan dan Sumatera dari 21 hingga 28 Ogos jauh lebih rendah berbanding 5,724 dalam tempoh lapan hari sama tahun lalu, apabila kebakaran hutan menular lebih tiga bulan menjelang akhir 2015.



Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) Indonesia berkata pada Isnin ia mencatat penurunan 61 peratus bilangan kawasan panas tahun ini, sambil mengaitkannya pada keadaan cuaca baik, serta pendekatan lebih padu sektor awam dan swasta dalam mencegah dan melawan kebakaran.



Dr Sutopo Purwo Nugroho, yang mengetuai bahagian data dan maklumat BNPB, berkata pemerintah mempunyai cukup sumber untuk menangani kebakaran dan tidak perlu bantuan tambahan kerana ia menyasarkan memadamkan semua api menjelang Oktober.



Beliau berkata jerebu tahun ini tidak akan lebih teruk daripada tahun lalu.



Bagaimanapun, jerebu telah mula memberi kesan ke atas sekolah di wilayah Riau, di mana pihak berkuasa menutup sekolah pada Selasa (30 Ogos), buat dua hari berturut-turut, selepas Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) mencapai paras "sangat tidak sihat".



Bagi mengelakkan peningkatan bilangan orang mengalami masalah pernafasan, Agensi Kesihatan Riau telah mengagih 10,000 pelitup ke kawasan terjejas, lapor The Jakarta Post pada Selasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >