Singapura paling baik di Asia bagi kesaksamaan jantina

KAUM wanita dan lelaki di Singapura sekarang lebih setara berbanding di negara lain, menurut Laporan Pembangunan Manusia terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dalam laporan bagi 2014 itu, negara ini berada di tangga ke-13 daripada 155 negara, menjadikannya negara Asia di tempat paling atas dalam soal kesaksamaan jantina.

Dalam laporan 2013, Singapura berada di tempat ke-15 daripada 152 negara.

Indeks ketidaksamaan jantina itu mengukur perbezaan antara lelaki dan wanita dalam kesihatan reproduktif, pemerkasaan, dan kadar penyertaan tenaga kerja.

Kesihatan reproduktif melihat pada kadar kematian ibu dan kadar kehamilan remaja. Pemerkasaan mengambil kira kerusi parlimen yang dipegang oleh wanita dan kedudukan mereka dalam pendidikan tinggi.

Nilai lebih rendah dalam indeks itu menunjukkan ketidaksamaan lebih kecil dan, oleh itu, bermakna kedudukan lebih baik dalam ranking. Nilai bagi Singapura ialah 0.088.

Pada keseluruhannya, Singapura menduduki tangga ke-11 dalam Indeks Pembangunan Manusia (HDI) itu dengan nilai 0.912, meletak ia dalam kalangan 49 negara yang mempunyai pembangunan manusia tinggi.

Norway menduduki tempat pertama dengan nilai 0.944, diikuti oleh Australia dan Switzerland.

Prestasi Singapura lebih baik daripada Korea Selatan, Jepun dan Britain.

Dibandingkan negara lain yang mempunyai HDI tinggi, Singapura mempunyai kadar kematian ibu dan kadar kelahiran remaja lebih rendah, tetapi kerusi parlimen yang dipegang oleh wanita kurang sedikit.

Ketua perangkaan di Pejabat Laporan Pembangunan Manusia, Encik Milorad Kovacevic, berkata 25.3 peratus kerusi oparlimen di Singapura diduduki oleh wanita.

Ini rendah sedikit daripada purata bagi semua negara dalam kumpulan HDI tinggi (26.5 peratus), tetapi lebih tinggi daripada di rantau Asia Timur dan Pasifik (18.7 peratus).

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 56
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.