SINGAPURA dan Perancis mengesahkan komitmen kededua negara untuk memperkukuh kerjasama pertahanan semasa perbincangan antara Menteri Negara (Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman, dengan Menteri Pertahanan Perancis dan Hal Ehwal Veteran, Encik Jean-Yves Le Drian.
Dr Maliki, yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke Perancis, dan Encik Le Drian turut membincangkan perkembangan keselamatan yang mempunyai kepentingan bersama, menurut Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan semalam.