Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura perlu lebih ramai jururawat jagaan rumah

Sep 24, 2014 | 03:45 PM



LEBIH ramai jururawat jagaan di rumah akan diperlukan bagi menjaga lebih ramai warga emas berpenyakit kronik dan rumit.


Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Pengangkutan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata kementeriannya juga sedang mempertingkatkan khidmat jagaan rumah dengan meningkatkan keupayaan, menyediakan khidmat jagaan rumah lebih menyeluruh dan memperkukuh sokongan penjaga.


Awal bulan ini, Dr Faishal berkata pihaknya telah melancarkan sesi konsultasi awam mengenai satu set panduan bagi menjelaskan mutu jagaan yang ingin dikecapi.


Set panduan itu dibangunkan sekumpulan penyedia jagaan di rumah, termasuk Yayasan Tsao.


"Salah satu prinsip utama dalam panduan jagaan rumah adalah memberi khidmat jagaan di rumah yang bertumpukan pesakit dan berbilang disiplinn bagi menyokong penuaan yang berjaya," kata beliau ketika berucap di Sidang Pertubuhan Jururawat Jagaan Di Rumah Antarabangsa Kedua di YWCA Fort Canning Lodge tadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >