Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singapura perlu sedar serangan seperti di London boleh berlaku di mana-mana: PM Lee

Mar 24, 2017 | 02:42 PM



HANOI - Singapura bersikap waspada sedang ancaman pengganasan global memuncak, kerana tidak ada perlindungan penuh terhadap serangan seperti yang berlaku di London pada Rabu, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Jumaat (24 Mac).



"Ia telah berlaku di tempat lain, tiada siapa yang boleh mengatakan ia tidak akan berlaku di Singapura," katanya.



"Jika ia berlaku, kita perlu mempunyai ketabahan dan daya tahan, dan perpaduan, untuk mengatakan: Ini buruk, mari kita selidiki latar belakang, mari kita lakukan apa yang kita perlu lakukan, tetapi pada masa yang sama, meneruskan kehidupan kita. Dan esok adalah satu hari lain, Singapura bertakat."



Encik Lee berkata demikian kepada pemberita Singapura di akhir lawatan empat hari beliau ke Vietnam.



Beliau ditanya sama ada serangan itu boleh berlaku di Singapura, dan apa yang beliau akan katakan kepada orang-orang yang prihatin ia boleh berlaku pada bila-bila masa, di mana sahaja.



"Ia sesuatu yang kita perlu sedari, perkara ini boleh berlaku. Dan ia telah berlaku di bandar-bandar lain, ia boleh berlaku kepada Singapura," katanya.



"Ia perbuatan satu orang, kita tidak tahu keadaan sebenarnya. Dia mempunyai rekod jenayah, dia mungkin kini menjadi jenayah memakai bendera ISIS, dia terpengaruh dengan ideologi ekstremisme, jihadisme. Kita masih belum pasti," katanya.



"Tetapi dalam dunia moden, bertamadun, kita tidak boleh (FORTIFIED) setiap detik kehidupan kita. Kita harus bergerak atas dasar bahawa kita bekerja bersama-sama. Ada keamanan, kita percaya satu sama lain, kita bekerja dengan satu sama lain," kata beliau.



Encik Lee menambah: "Kami berjaga-jaga, tetapi pada masa yang sama, kita tahu bahawa tidak ada perlindungan penuh 100 peratus, dan ia boleh berlaku di tempat lain."



[embed]https://www.youtube.com/watch?v=-FjS3OXgY5k[/embed]



Pada Rabu, penyerang sendirian melakukan serangan di luar Bangunan Parlimen di London, membunuh tiga orang dan mencederakan 40 yang lain sebelum dia ditembak mati. Pada petang Khamis, seorang lagi mangsa yang cedera parah meninggal dunia.



Penyerang kelahiran British telah merempuh pejalan kaki dengan keretanya sebelum merempuh pagar di luar pekarangan, kemudian cuba memasuki perkarangan dan menikam seorang anggota polis.



Pada Khamis, Encik Lee menyertai pemimpin Singapura lain melahirkan rasa terkejut, sedih dan perpaduan dengan Britain atas serangan itu. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >