Singapura teroka guna ruang bawah tanah untuk simpan air

AGENSI air negara, PUB sedang meneroka kemungkinan menggunakan ruang bawah tanah bagi saliran dan simpanan air tanah dalam membantu Singapura menangani dengan lebih baik perubahan iklim, seperti hujan lebat dan kemarau yang berpanjangan.

Jika ia berjaya, penggunaan ruang bawah tanah akan membebaskan ruang permukaan tanah bagi membina longkang dan kolam air selain berupaya menambah keupayaan simpanan air Singapura.

Kemudahan ini, yang telah lama diperjuangkan oleh pakar-pakar sebagai satu penyelesaian bagi menangani kesan perubahan iklim, boleh meningkatkan daya tahan Singapura dalam menghadapi kemarau, kerana air berlebihan sewaktu musim hujan dapat disimpan dan boleh digunakan sewaktu musim kemarau.

PUB akan menjalankan kajian selama 24 bulan mengenai kebolehlaksanaan teknikal dan ekonomi membangunkan sistem saliran dan takungan bawah tanah bersepadu.

Ini diumumkan Menteri Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Vivian Balakrishnan sewaktu Sidang Puncak Minggu Air Teknologi dan Inovasi Antarabangsa Singapura, pagi tadi.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.