SingPost jaya uji hantar mel guna dron

SATU projek percubaan yang dikatakan sebagai yang pertama di dunia menggunakan pesawat kawalan jauh untuk menghantar mel telah diselesaikan SingPost dan Penguasa Pembangunan Infokom Singapura (IDA).

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Singapura, SingPost berkata surat dan kemeja-T dalam satu bungkusan diangkat dron dari Lorong Halus ke Pulau Ubin - jarak kira-kira dua kilometer dan mengambil masa kira-kira lima minit.

IDA menghasilkan dron itu untuk digunakan SingPost.

SingPost berkata dron itu dilengkapi ciri-ciri keselamatan dipertingkat serta aplikasi prototaip yang direka dengan ciri keselamatan dan pengesahan yang memastikan mel itu sampai kepada penerima yang dimaksudkan.

Ia mempunyai kapasiti membawa muatan sehingga setengah kilogram dan terbang pada ketinggian sehingga 45 meter serta jarak 2.3 kilometer.

Fokus penerbangan percubaan itu ialah menguji teknologi dan sempadan keselamatan dron tersebut.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.