Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SingPost lantik juruaudit khas bagi siasat isu tadbir urus korporat

Dec 23, 2015 | 03:17 PM



SINGAPORE Post Ltd (SingPost) berkata pada Rabu (23 Disember) ia akan melantik juruaudit khas untuk menyiasat isu tadbir urus korporat yang dibangkitkan seorang pemegang saham, sehari selepas syarikat itu berkata ia tidak mendedahkan kepentingan seorang pengarah dalam satu pengumuman pengambilalihan pada 2014.


Syarikat itu berkata dalam satu kenyataan pada Selasa ia tidak menyatakan kepentingan pengarah bebasnya, Encik Keith Tay Ah Kee, dalam pengambilalihan syarikat penghantaran FS Mackenzie disebabkan "kesilapan pentadbiran".


Encik Tay pengerusi bukan eksekutif dan pemegang saham firma penasihat kewangan korporat Stirling Coleman Capital Ltd, yang mengaturkan pengambialihan tersebut.


SingPost berkata kedudukan Encik Tay didedahkan semasa tawaran syarikat itu untuk membeli Famous Holdings Pte Ltd, yang juga diatur oleh Stirling Coleman.


Kedudukannya di firma itu juga disebut dalam laman web SingPost dan laporan tahunannya.


Encik Tay mengecualikan dirinya daripada semua undian lembaga SingPost berkaitan pengambilalihan FS Mackenzie, ujar SingPost.


Isu tadbir urus korporat SingPost ditimbulkan Profesor Mak Yuen Teen, seorang pensyarah sebuah sekolah perniagaan di Singapura, yang menulis komentar di akhbar Business Times mengenai tadbir urus SingPost pada Disember tahun lalu.


Berita pelantikan juruaudit khas itu datang beberapa hari selepas SingPost berkata Ketua Eksekutif Kumpulannya, Encik Wolfgang Baier, telah meletak jawatan untuk mengejar peluang baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >