Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SingPost mungkin naikkan kadar pos demi kekal berdaya maju

Jul 05, 2023 | 08:05 PM



Pemerintah mungkin mempertimbangkan membenarkan SingPost memperkenal pelarasan kadar pos pada masa depan demi mencerminkan kos perniagaan penghantaran surat.

Demikian menurut Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, di Parlimen pada Rabu dalam jawapannya kepada soalan Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade).

Encik Seah bertanya apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan perniagaan pos dan bungkusan kekal berdaya maju.

Beliau juga mahu mendapatkan maklumat lanjut tentang langkah-langkah yang diambil untuk meneruskan perkhidmatan pos bagi warga Singapura.

Dalam jawapannya, Encik Tan menyatakan bahawa kadar pos domestik sebahagian besarnya kekal tidak berubah sejak 2014, kecuali “kenaikan kecil” mulai 1 Januari 2023.

SingPost telah menaikkan kadar pos, penghantaran bungkusan dan penghantaran bungkusan ke depan pintu seiring dengan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) daripada 7 peratus kepada 8 peratus, serta kenaikan kos inflasi merentas tenaga kerja, bahan api dan elektrik.

Encik Tan berkata Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) akan bekerjasama dengan SingPost untuk menyemak kos dan operasinya.

Ini termasuk mengoptimumkan dan mengautomasikan perkhidmatan pejabat pos demi keberkesanan kos yang lebih tinggi.

Jumlah surat yang dihantar secara domestik telah berkurangan daripada sekitar 490 juta surat pada tahun kewangan 2015 kepada 260 juta surat pada tahun kewangan 2022.

Trend ini dijangka berterusan, dengan kebanyakan agensi pemerintah juga berhubung dengan rakyat melalui saluran dalam talian.

Perniagaan menyumbang lebih daripada 80 peratus pengguna surat, dengan purata pengguna menghantar kurang daripada satu surat sebulan, kata Encik Tan.

“Dengan penurunan ini, adalah mencabar bagi SingPost untuk terus menjalankan perniagaan yang berdaya maju dengan model operasi semasa dan pada kadar pos sedia ada,” katanya.

Oleh itu, keseimbangan mesti dicapai untuk membolehkan SingPost menunaikan tanggungjawabnya dengan cara yang mampan dan memastikan warga Singapura terus mendapat perkhidmatan pos, tambah Encik Tan.

“IMDA juga akan mengkaji semula kewajipan perkhidmatan pos semasa untuk memastikan ia kekal relevan dalam konteks digitalisasi hari ini, terutamanya memandangkan banyak saluran komunikasi elektronik alternatif yang tersedia bagi pengguna dan perniagaan,” kata Encik Tan.

“Pada masa yang sama, IMDA akan mempertimbangkan untuk membenarkan SingPost memperkenalkan pelarasan kadar pos pada masa hadapan untuk lebih mencerminkan kos perniagaan mel surat pada masa hadapan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >