Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Singtel, GrabTaxi ganding bahu perkenal 'dompet bergerak'

Dec 09, 2015 | 03:43 PM



SINGAPURA: Syarikat telekomunikasi Singtel akan bekerjasama dengan aplikasi GrabTaxi bagi menyediakan bayaran tambang teksi menerusi telefon bimbit bagi aplikasi teksi itu di rantau ini.


Menerusi kerjasama itu, pelanggan syarikat telekomunikasi seperti AIS, Globe dan Telkomsel boleh mendapatkan kenderaan menerusi aplikasi GrabTaxi dan membayar tambang menggunakan dompet dalam telefon bimbit peribadi, kata Singtel.


Menurut Singtel, platform yang akan menjadikan perkhidmatan itu satu kenyataan dijangka disepadukan dengan aplikasi GrabTaxi menjelang pertengahan tahun depan.


Singtel dan GrabTaxi telah menandatangani memorandum persefaham (MOU) hari ini bagi menggalak penggunaan khidmat dompet telefon bimbit syarikat telekomunikasi itu pada aplikasi teksi tersebut untuk pelanggan telefon bimbit di rantau ini.


Sebagai sebahagian daripada MOU itu, pemandu GrabTaxi akan digalak menggunakan dompet telefon bimbit mereka untuk menerima bayaran, kata Singtel.


"Hubungan bil telekomunikasi merupakan satu pemboleh utama dalam pasaran yang sedang membangun, di mana kurang 10 peratus penduduk memiliki kad kredit atau akaun bank," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Antarabangsa Singtel, Encik Mark Chong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >