Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem bayaran tanpa kad baru bagi ERP

Aug 16, 2016 | 11:28 AM



SEBUAH sistem pembayaran tanpa kad baru bagi Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) dilancarkan pada Selasa (Ogos 16) oleh EZ-Link.



Ia membolehkan pengguna jalan raya memandu melalui gantri ERP tanpa kad tunai dalam unit dalam kenderaan (IU) mereka, dan menghentikan keperluan menambah nilai kad tunai apabila nilainya rendah.



Di bawah sistem EZ-Pay baru, bayaran ERP dicaj terus ke kad kredit yang telah didaftarkan oleh pemandu.



Buat permulaan, sistem ini disediakan hanya bagi pemegang kad kredit Citibank, tetapi EZ-Link berkata ia merancang meluaskannya kepada pengguna kad kredit DBS dan POSB pada 2017.



Tidak ada bayaran langganan untuk menggunakan EZ-Pay, ujar EZ-Link berkata dalam satu kenyataan media.



Bagi mendapatkan akaun EZ-Pay, pemilik kenderaan boleh pergi ke www.ezlink.com.sg untuk pendaftaran sekali sahaja dengan nombor kenderaan mereka dan butiran kad Citibank.



Mereka kemudain akan menerima e-mel memaklumkan mengenai pendaftaran berjaya dan bila mereka boleh menggunakan sistem tanpa kad itu.



Untuk melihat rekod transaksi ERP mereka, pengguna boleh log masuk ke akaun EZ-Pay menggunakan nombor kad pengenalan dan PIN mereka atau merujuk kepada penyata kad kredit bulanan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >