Mendaki telah membuat laporan polis selepas sistem Teknologi Maklumatnya (IT) mengalami serangan perisian tebusan atau ransomware attack pada 27 Oktober lalu.
Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi Singapura dan Agensi Keselamatan Siber juga telah dimaklumkan tentang kejadian itu.
Satu kenyataan Mendaki hari ini (2 November) menyatakan bahawa pertubuhan itu akan bekerja rapat dengan pihak berkuasa dan sedang siasatan berjalan, ia tidak dapat memberi butiran lanjut tentang kes itu.
"Kami akan menghubungi pihak berkepentingan dan individu yang terjejas secepat mungkin.
"Kami kesal dengan insiden ini dan komited untuk memastikan bahawa data peribadi dan maklumat anda dilindungi," menurut kenyataan itu lagi.
Sekiranya mempunyai persoalan, orang ramai boleh hubungi Mendaki di talian 6248 5960, dari 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat atau emel kepada enquiry@mendaki.org.sg.