Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem lebih mesra warga tua, golongan kurang upaya di stesen MRT

Aug 15, 2017 | 05:30 AM



PENUMPANG lebih tua dan golongan kurang upaya bakal mendapat bantuan tambahan semasa mereka berada di stesen MRT.



Satu skim baru, yang kini dalam perancangan, memperuntuk dua kawasan khas bagi warga emas dan penumpang kurang daya penglihatan di stesen MRT.



Bernama Heart Zone, ujian bagi inisiatif itu dilancarkan semalam di stesen MRT Outram Park oleh Majlis Pengangkutan Awam (PTC), dengan kerjasama Hospital Besar Singapura (SGH) dan pengendali kereta api SBS Transit dan SMRT.



Ia akan beroperasi antara 7.30 pagi dengan 9.30 pagi pada hari kerja.



Di stesen MRT Outram, penumpang, termasuk kakitangan SGH yang dalam perjalanan ke tempat kerja, boleh secara sukarela bertemu pesakit di kedua-dua kawasan itu dengan menunjukkan mereka tempat menunggu bas ulang alik ke hospital, ataupun membantu mereka dengan memberikan arahan ke pelbagai bangunan di SGH.



Satu kawasan menunggu terletak berhampiran Exit F bagi Laluan Timur Laut, sementara satu lagi kawasan terletak berdekatan Exit A di Laluan Timur-Barat.



PTC juga telah memulakan ujian bagi skim kedua bernama Heart Wheels, yang menyediakan kerusi roda bagi penumpang lebih tua dan yang memiliki masalah fizikal.



Buat masa ini, terdapat empat kerusi roda di Stesen Outram Park, yang boleh digunakan penumpang untuk menyeberangi laluan 210 meter antara landasan TimurBarat dengan Timur Laut.



Penumpang yang berupaya digalakkan membantu penumpang kurang upaya yang perlu menggunakan kerusi roda itu.



Setiap kerusi roda berharga $300 dan ditaja kededua pengendali khidmat kereta api itu.



Kededua ujian dijangka berlangsung selama sebulan, dari 14 Ogos hingga 15 September.



PTC akan mengumpulkan maklum balas daripada pihak awam tentang keberkesanan ujian tersebut dan menentukan sama ada skim itu boleh diperkenalkan di pusat pengangkutan lain.



Pengerusi PTC Richard Magnus berkata:



"Penumpang memberitahu PTC bahawa mereka berharap akan dapat membantu orang lain. Penumpang kita yang lebih tua, kurang upaya dan buta, memberitahu kami bahawa mereka inginlam sokongan dan bantuan.



"Kami mahu memupuk budaya di mana penumpang prihatin akan satu sama lain dan dengan cara yang mudah, mengorak perubahan positif."



Menambah, Encik Magnus berkata ujian serupa itu boleh dilakukan di stesen MRT Novena - yang berdekatan Hospital Tan Tock Seng - di masa depan.



Menteri Negara Kanan (Kesihatan dan Pengangkutan) Lam Pin Min, yang menghadiri pelancaran kededua inisiatif itu berkata langkah tersebut begitu 'bermakna' kerana penumpang boleh membantu orang lain yang memerlukan bantuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >