Sistem markah PSLE akan dirombak

SISTEM pemarkahan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) akan dirombak dengan markah purata peperiksaan itu akan digantikan dengan jalur markah yang lebih luas mulai 2021.

Kohort murid darjah satu tahun ini merupakan kohort pertama yang akan menggunakan sistem baru itu.

Ia serupa dengan pemarkahan yang digunakan peperiksaan peringkat 'O' dan 'A'.

Ini dinyatakan Pemangku Menteri Pendidikan Ng Chee Meng (Sekolah) semasa membentangkan rancangan kementeriannya dalam perbahasan Belanjawan 2016 di Parlimen hari ini, Jumaat.

Encik Ng berkata, pemarkahan PSLE tidak akan lagi berdasarkan prestasi murid berbanding yang lain seperti sekarang.

Sebaliknya beliau berharap sistem baru iu dapat menggalak murid memberi fokus kepada pembelajaran mereka sendiri daripada bersaing dengan pelajar lain untuk mencatatkan keputusan lebih baik.

Menurut Encik Ng, kementeriannya akan menggunakan beberapa tahun akan datanag untuk membangun dan menguji sistem peperiksaan baru dan sistem kemasukan ke sekolah menengah. 

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 27
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.